
Sulit
3 tahun
Penyakit HIV dapat dijangkiti melalui airliur dan mulut,gigi,lidah.?
Sy 20 an adakah sy boleh dijangkiti apabila menjilat kemaluan pekerja seks adakah itu benar sy kurang pasti saya harap doc dpt beri penjelasan sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda berisiko untuk dijangkiti HIV melalui hubungan seksual oral. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, HIV boleh tersebar melalui kontak dengan cecair badan pesakit. Cecair seperti darah, cecair faraj, cecair rektum dan air mani. HIV tidak boleh disebarkan melalui air liur. Selain itu, jangkitan HIV boleh disebarkan melalui hubungan seksual oral tetapi kemungkinannya adalah sangat rendah. Jika anda mempunyai luka dalam mulut, ataupun pendarahan gusi, maka anda boleh dijangkiti HIV. Hubungi doktor kami secara atas talian jika anda memerlukan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.