
cantiqmylittle
5 tahun
Penyakit HIV melalui hubungan seks
Saya nak ajukan soalan berkenaan HIV. Bagaimana HIV boleh berjangkit melalui hubungan seks…ada risiko jangkitan ke jika pasangan kita tidak mempunyai HIV dan berapa tempoh dan kekerapan menukar pasangan dan melakukan hubungan seks yang mungkin akan dijangkiti HIV? Mohon penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, HIV akan tersebar melalui pertukaran cecair badan iaitu darah, semen atau cecair faraj. Jika anda pasti memakai kondom dan tiada pertukaran cecair badan, maka kurang risiko penyebaran HIV. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjalani ujian saringan HIV sekurang kurangnya 3-6 bulan (window period).
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih