
Anonymous
5 tahun
Penyakit kecing tikus dan langkah selepas jangkitan
Saya Mohamad Razi… saya baru discharge dari wad akibat jangkitan Leptospirosis…persoalan apa kemukinan say diserang jangkitan nei semula meskipun say discarge… ? Apa langkah saya untuk mengelakkan jangkitan … basuh baju dan guna sabun antibakteria dirumah bagi bersih semula? Minta pendpat ye dr?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
*Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda penyakit kencing tikus ataupun leptospirosis biasanya merebak apabila terdedah dengan sumber air yang dicemari bakteria leptospira seperti, air banjir, air terjun, sungai dan tasik. Risiko untuk mendapat penyakit ini bertambah sekiranya terdapat luka atau rongga bukaan pada badan yang bersentuhan dengan sumber air yang tercemar tadi.
Selain itu terdapat juga langkah lain seperti
- pastikan anda sudah menyempurnakan plan rawatan doktor anda terutamanya anda mesti habiskan antibiotik mengikut dos yang telah disarankan
- basuh bekas makanan, pinggan, mangkuk dan peralatan dapur terutama yang anda syaki terlibat
- jika anda membeli makanan ataupun minuman dalam tin, basuh dulu sebelum guna
- jika ada aktiviti air, elakkan menelan
- elakkan daripada duduk di dalam air bertakung dan tidak mengalir
Sekiranya anda mengalami kembali simptom leptospirosis kembali seperti;
- demam suhu tinggi dan kuat
- sakit sendi dan otot
- sakit perut, cirit-birit dan muntah
segeralah berjumpa dengan pakair perubatan kembali untuk rawatan selanjutnya. Sila klik pada link ini* (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.