
Sulit
5 tahun
Penyakit kelamin bahaya ke
sy wanita 20an dan dah berkahwin… sbelum ni sy dan suami pernah terkena jangkitan dari saluran kencing…kami bersama sbelum suami mengadu kencing sakit… suami demam mengigil dan tak baik walaupun dah ambil ubat…kencing dengan kerap,sakit dan last ad keluar cecair putih kekuningan sikit…keesokkan sy yg terkena jagnkitan tu… sakit dan keluar darah dri sakuran kencing tu… sy dan suami ke klinik kesihatan dan dokter bgitahu suspect penyakit kelamin… dokter ad cucuk ubat di pinggul ubat pekat sy lupa nama ubat tu… dan smpai skrang kami sihat…sy nak tnya penyakit ni akan berulang ke dan bahaya ke? ad risiko apa2 ke ye? dokter takde ckap apa pum slepas bg depo tu… macam mna nk mencegah penyakit ni ya apa patut kami buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, hal ini bergantung pada jenis jangkitan kelamin yang anda hidapi. Sesetengah jangkitan kelamin memiliki risiko untuk dihidapi kembali.
Risiko komplikasi penyakit kelamin ini akan meningkat jika anda tidak mengambil ubat yang sesuai dan tidak mengikut saranan doktor. Antara komplikasi penyakit ini adalah:
- Kemandulan
- Reiter’s syndrome
- Penyakit radang pelvis
Bagi mencegah penyakit ini, anda tidak disarankan untuk melakukan aktiviti seksual sehingga rawatan bagi penyakit kelamin anda tamat, tidak melakukan hubungan seksual lebih daripada satu pasangan, penggunaan kondom boleh mencegah penyakit ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.