
Sulit
5 tahun
Penyakit kelamin ( Genital Warts)
Saya wanita berumur 24tahun. 2tahun lepas saya mengalami penyakit kelamin pada alat sulit saya.Saya dirujuk oleh pakar kulit untuk buat temujanji selepas 3bulan tarikh saya hadir. Tapi tak sampai 3bulan genital warts yg ada pada alat sulit saya hilang dan saya tk hadirkan diri pda tarikh temujnji tu. Saya nak tanya Dr , patut ke saya rujuk balik ke pakar kulit ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini bergantung kepada jenis jangkitan kelamin yang anda jangkiti. Namun, memandangkan jangkitan kelamin berisiko menyebabkan kemandulan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan susulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.