
shashawong68
5 tahun
Penyakit kelamin(gonorea)
Assalammualaikum doktor,saya seorang wanita yang berusia 27 tahun,saya ada beberapa soalan yang inginkan penjelasan yang tepat. Saya telah mengalami penyakit kelamin(gonorea) dan telah mendapat rawatan.Persoalan pertama saya, macam mana saya ingin tahu rawatan yang saya dapat itu telah berjaya merawat penyakit itu dan dalam tempoh berapa lama bacteria gonorea tu mati?. Soalan kedua, bolehkah penyakit ini boleh tersebar melalui air liur?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, terdapat ujian darah bagi mengesahkan sama ada anda telah sembuh sepenuhnya atau tidak. Namun terdapat kes tertentu yang tidak memerlukan ujian pengesahan ini. Hal ini memerlukan konsultasi lanjut sama ada dengan pihak kami atau doktor yang merawat anda.
Penyakit ini merebak melalui hubungan seks dan seks oral.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.