
Sulit
5 tahun
Penyakit Kelamin (Herpes Genital)
Saya Arra umur 21 tahun… Saya mengalami gatal2 pada bibir kemaluan, kemerahan dan keputihan yg bewarna kekuningan dan berbau… Saya pernah ada penyakit herpes genital tahun lepas… Tapi selepas consume ubat acyclovir penyakit saya sudah beransur hilang… Tapi sekarang saya rasa mungkin penyakit herpes genital saya kembali lagi… Apakah ubat yg boleh saya consume utk ubati penyakit saya ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika anda seorang yang aktif dalam aktiviti seksual tanpa penggunaan kaedah perlindungan seperti kondom, risiko untuk mendapat penyakit kelamin berulang kali sangat tinggi. Simptom penyakit kelamin yang boleh disebabkan oleh penyakit bakteria dan virus seperti gonorrhea, trichomonas, sifilis dan lain- lain sama dan agak susah untuk dikenalpasti tanpa ujian makmal dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan sebelum memberi rawatan antibiotik atau antiviral. Anda tidak boleh membeli preskripsi ubat tanpa pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri kesan sampingan and rawatan mungkin akan menambahteruk keadaaan,
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana jika tidak diendah akan menyebabkan jangkitan merebak ke bahagian dalam kawasan sulit atau dalam darah (septicemia). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.