
Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin seperti keluar cecair darah selepas habis buang air kecil
Saya berasa sakit di bawah abdomen dan telur kiri saya. Saya berasa sakit ketika buang air kecil sehingga keluar cecair darah selepas kencing.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang salur kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini perlu diberikan perhatian oleh anda dan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.