Sulit
5 tahun
Penyakit kelamin tidak pulih
Minggu lepas saya disahkan terkena penyakit kelamin di klinik wellcare. Beliau kemudian memberitahu saya untuk menyuntik penicilin. Masalahnya sampai skrg simptom tetap ada dan belum sembuh lagi. Minta pencerahan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana anda disini tidak menjelaskan simptom apa yang anda hadapi, jenis pemeriksaan yang telah dialakukan serta faktor risiko kejadian sehingga mendapat diagnosis penyakit kelamin tersebut. Justeru, pihak kami tidak dapat memberi pencerahan mengapa anda masih mengalami gejala walaupun telah diubati.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































