
Sulit
3 tahun
Penyakit kulit atau kurap
saya wanita umur 18 sy mengalami kurap yg dh bnyk merebak di kwsn perut.boleh suggestkan ubat yg perlu.sy malu untuk pergi ke hospital

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Psoriasis
- Radang kulit (dermatitis)
- Kurap
- Skabies atau kudis
- Jangkitan kulit oleh virus, bakteria atau kulat pada kulit
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berhampiran supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang ubat atau rawatan tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu kerana setiap masalah mempunyai rawatan yang berbeza.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.