
Sulit
5 tahun
Penyakit kulit kronik
Selamat pagi doktor , saya seorang suri rumah dan berumur 24 tahun. Sekarang ini saya mengalami kegatalan yang teruk pada tapak tangan saya dan semakin merebak ke celah jari saya. Sebelum ini saya sudah pegi ke klinik dan doktor hanya bagitahu saya kena jangkitan kulat. Dan bagi ubat sapu and makan. Tapi makin banyak bintik bintik kecik dengan mengandungi air merebak di jari jari saya. Dan sangat gatal. Harap doktot boleh bantu. Ia memberi kan tekanan kepada saya kerana sukar untuk melakukan sebarang kerja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi memerlukan konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh terus berjumpa doktor pakar kulit di hospital kerajaan atau hospital swasta. Anda boleh juga boleh bercakap dengan pihak kami. Selalunya, anda memerlukan surat rujuk (refer letter) yang anda boleh dapatkan dari klinik sebelum berjumpa pakar.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.