
Sulit
4 tahun
Penyakit kulit kurap. Yang serius
Sayang seorang perempuan 19 5ahun. Saya mnghadapi masalh kurap yang serius . Tambhah tambah di bahagian kaki. Tiap malam saya akan sapu aloe vera untuk redakan kurap. Tapi bila tido saya akan kerap garu sehingga luka berdarah. Bagaimana cara untuk elakkan saya dari garu kurap itu dan cara untuk hilangkan kurap serta parut hitam tu? Bagaimana

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gatal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Kami harus meneliti punca gatal yang lain. Namun jika sakit ini benar-benar kurap, rawatan yang akan diberikan adalah seperti berikut:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Berikut merupakan langkah yang perlu untuk dipraktikkan untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.