
Sulit
5 tahun
Penyakit kulit misteri
Anak saya yang berusia 24 tahun, dinaiki sesuatu, seperti kudis di dahi, yg kemerah-merahan, berdarah, berair dan bernanah. Anak saya dah pergi klinik kerajaan, doktor tak cakap apa2 dan hanya bagi antibiotik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit kulit bernanah dan beraair pada anak kecil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Impetigo - yaitu jangkitan kuman pada lapisan kulit atas
- Dermatitis seborrhoic - yaitu keradangan kulit pada bahagian kulit berambut
- Contact dermatitis - yaitu keradangan kulit akibat terkena bahan yang iritan atau alergi
- Pemphigus - sejenis penyakit autoimun
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anak anda secara fungsional mahupun kosmetik, maka sebaiknya anda membawa anak untuk mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.