
sayangkusolihin
5 tahun
Penyakit kulit. sakit kurap
Selamat tengahri. Saya surirumah berusia 56 tahun baru mendapat kurap sudah 5 hari. mula2 kena dibahagian belakang kanan saya kemudian melarat bahagian depan pula dikawasan bawah bra. mula kena rasa gatal saja tapi setelah 5 hari rasa sakit, gatal dan pedih. hari pertama kena sudah berjumpa dokter dn diberi ubat sapu bernama candid-B tapi tak berkesan semakin merah dan menggerutu. saya ada darah tinggi, asma, kolestrol, sakit lutut dan otot jadi ubat apa yang sesuai dan berkesan untuk saya beli. Terima kasih dokter

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi membuat diagnosis untuk permasalahan anda, konsultasi lanjut beserta dengan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Doktor perlu melihat ruam tersebut.
Antaranya penyebab lazim kegatalan adalah:
- kulit kering
- ekzema
- alahan
- hives
- dan sebab-sebab lain seperti jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.