
Sulit
5 tahun
Penyakit kulit sperti kurap dan fungus
Saya memmpunyai penyakit kulit, sudah pergi banyak klinik dan farmasi. Dikatakan kurap / fungus. sudah hampir 2 tahun masih belum baik lagi.(tumbuh ditempat lain atau tempat sama) Saya tengok kenyataan hiv juga ada simptom2 yg sama. Saya risau jika saya terkena hiv.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, antara gejala HIV ialah:
- Demam
- Sakit tekak dan batuk
- Sakit otot
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Bengkak kelenjar limfa
- Letih
- Ruam
- Sakit sendi
- Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.
- Turun berat badan
Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai kurap di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.