
Sulit
3 tahun
Penyakit Panau Besi sejak 2 tahun lepas
Saya berumur 18 . Saya mengalami penyakit ini sejak 2 tahun lepas, saya dah pergi pelbagai perubatan tapi tidak sembuh juga apa langkah perlu saya ambil untuk mengatasi penyakit ini? Saya aka terasa panas dan gatal apabila terkena cahaya matahari atau haba yang panas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dermatitis Kontak Alergi
- Alahan ubat
- Steven Johnson Syndrome
- Toxic Epidermal Necrolysis
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Berhenti merokok jika anda merokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!