Sulit
2 tahun
Penyakit sifilis pelu merawat ubat apa sahaja saya sngat risau isteri sy merana
Sy mengidap.penyakit berbintik merah macam menanah ubat ape yang perlu saya ambik untuk mencegah dari pada dia terua merebak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, mengenai rawatan bagi gejala yang disebutkan oleh anda, kami perlu mengetahui punca gejala tersebut terlebih dahulu kerana rawatan bintik yang dialami berbeza mengikut penyakit yang dialami.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan mengapa anda mengalami gejala sedemikian:
- Jangkitan kelamin seperti sifilis atau gonorea
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan untuk mengelakkan ia daripada melarat dan menyebabkan komplikasi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.