Anonymous
5 tahun
Penyakit sista di ketiak
saya zana berumur 26 tahun, telah mbuat pembedahan sista di ketiak. adakah sista ini akan tumbuh semula?saya bimbang akak kesihatan saya.seperti yang saya tahu boleh suspect breast cancer jika sista di ketiak berlaku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, sista (cyst) ataupun benjolan di ketiak boleh disebabkan pelbagai perkara. Penjelasan lebih mendalam perlu diketahui mengenai benjolan/sista yang dimaksudkan. Hal ini kerana benjolan disebabkan kanser payudara di ketiak adalah berbeza dengan sista diketiak.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































