
Sulit
5 tahun
Penyakit tibi boleh menyerang semula setelah sembuh?
Apabila pesakit yang mengidap penyakit tibi sudah sembuh selepas beberapa tahun bolehkah penyakit ini datang semula atau mempunyai side effect kepada pesakit tersebut?
Saya mempunyai seorang rakan yang mengidap penyakit tibi dua tahun lalu. Setelah setahun beliau pulih dari penyakit tersebut dan tidak mengambil sebarang ubat lagi, tetapi kebelakangan ini beliau tidak rasa sihat seperti dulu. Adakah penyakit tersebut berpotensi menyerang semula? Saya sudah menasihati untuk berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan tetapi beliau tidak mahu kerana takut. Mohon pencerahan doktor tentang penyakit ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit tibi ataupun jangkitan kuman tuberkulosis boleh berlaku semula kepada pesakit yang sebelum ini disahkan menghidap sakit ini. Terma perubatan bagi masalah ini dikenali sebagai relapse. Hal ini selalunya berlaku kepada seseorang yang tidak mendapatkan rawatan sepenuhnya sebelum ini dan memiliki imuniti badan yang rendah.
Namun begitu, keadaan kurang sihat merupakan keterangan am dan konklusi tepat tidak boleh diberikan sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.