
Sulit
3 tahun
Penyakit tibi dan kesan ubat yang diambil untuk berapa lama tindakbalas ubat
Salam.suami saya baru disahkn tibi dan makan ubt tibi baru 2 mggu.masalah nye ada kah biasa keadaan dia merasa loya n muntah.smpai tdk boleh makan.adakah keadaan ini sementara sahaja atau akan berterusan selagi beliau ambil ubt tibi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala yang dialami oleh suami anda mengenai gejala loya dan muntah selepas mengambil ubat tersebut. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Tuberkulosis atau tibi merupakan penyakit jangkitan paru-paru disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberkulosis dan memerlukan rawatan selama 6 bulan menggunakan antibiotik.
Ubat tibi mempunyai pelbagai kesan sampingan dan ia bergantung kepada ubat yang diambil. Disebabkan suami anda mengalami kesan sampingan tersebut, sila laporkan kepada doktor yang bertugas bahawa suami anda mengalami gejala tersebut selepas mengambil ubat tersebut.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan supaya kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.