Sulit
4 tahun
Penyakit utk pesakit tyroid
Saya nak tanya . Adakah ais syabu menyebabkan seseorang itu akan dapat tyroid . ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, syabu tidak menyebabkan penyakit tiroid. Tetapi sekiranya anda mempunyai penyakit tiroid (yang tidak terdeteksi atau tidak diubati terutamanya), interaksi antara syabu dan penyakit ini boleh menyebabkan anda terkena tiroid storm iaitu serangan tiroid yang boleh merosakkan organ dalaman dan menyebabkan kematian.
Disamping itu, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan kembali pilihan anda dalam pengambilan syabu. Silakan untuk mendapatkan bantuan dengan menghubungi AADK ataupun kaunseling.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.