
muhammadzahir9894
5 tahun
Penyakit yang saya alami ialah batuk tak kunjung baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berumur 26 tahun. Penyakit yg saya alami ialah batuk tak baik2. Sebelum ni saya perokok, dan berhenti merokok selama hampir 2-3 tahun. Dan saya mula menghisap vape, bila saya mula start batuk tak henti2 ni, saya stop vape, tapi rasa ketagihan, dan saya kembali menghisap rokok sampai la ke hari ini. Kadang2 batuk saya ni, membuat kan dada sakit, bahagian bawah perut sakit. Saya ambik ubat batuk pun tak jalan juga. Masih sama. Ada time saya workout, bila jogging atau lari, mcm ada bunyi pernafasan yg pelik(mcm ada kahak) dari kerongkong sampai la ke dada. tapi bila batuk, kahak tu tak keluar juga… Jadi bagaimana nak tahu apa simptom yg saya alami? Sekian, terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Luka pada tekak - akibat asid refluks
- bronchiectasis
- Jangkitan paru-paru
- Tibi
- Penyakit COPD (faktor risiko seperti perokok)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.