
Sulit
5 tahun
Penyebab darah haid berwarna hitam
Saya wanita 16tahun dan masih belajar. pada hari pertama saya period, saya mengalami darah haid berwarna hitam, Kadang kadang saya akan period dua kali sebulan. setiap kali period saya akan mengalami senggugut dalam 2/3 hari.Sejak saya mengalami darah haid yang berwarna hitam ini, kitaran haid saya mula menjadi tidak teratur tetapi saya masih mengalami 7 hari tempoh period.Pada pendapat doktor, apakah penyebab kepada masalah haid saya yang berwarna hitam ini? haruskah saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam, antaranya:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.