
Sulit
5 tahun
Penyebab penyakit leptospirosis
adakah saya berisiko untuk mendapat penyakit leptospriosis kerana seekor tikus telah kencing di atas bumbung rumah, dan terkena bahagian kepala saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, leptospirosis disebabkan oleh sejenis kuman yang dikenali sebagai Leptospira Interrogans yang boleh tinggal dalam buah pinggang tikus. Bukan semua tikus mempunyai kuman ini dan bagi seseorang manusia untuk dijangkiti penyakit ini adalah daripada pemakanan atau minum bahan yang tercemar dengan kencing tikus yang mempunyai kuman ini. Kencing pada kepala anda pasti tidak akan menjangkiti selain anda terminum kencing tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.