
zafrullahzain
5 tahun
Penyebab sakit sendi
Saya mempunyai masalah sakit dada sebelum ini. Kini saya rasa sakit sendi pada sebahagian tempat. Apakah puncanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit sendi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Osteoarthritis
- Keradangan sendi
- Kekurangan nutrien menyebabkan tulang rapuh
- Rheumtoid Arthrits
- Autoimun seperti SLE
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.