
dane
5 tahun
Penyebab, simpton dan rawatan Penyakit Epididymitis
saya lelaki ingin tanya apa penyebab, simpton dan rawatan bagi epididymitis ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyakit epididymitis adalah keadaan dimana terdapat keradangan pada saluran sperma didalam testis (buah zakar) akibat jangkitan kuman seperti kuman penyakit kelamin mahupun kuman penyebab jangkitan saluran air kencing. Penyakit ini pada kebiasaannya akan menyebabkan gejala seperti kesakitan dan bengkak pada buah zakar, kesakitan ketika membuang air kecil dan juga demam. Rawatan termasuklah pengambilan antibiotik, rehat dan mungkin juga pembuangan nanah sekiranya terdapat nanah.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.