
Sulit
4 tahun
Penyelesaian untuk anak yang demam on off selama 3 hari
Anak saya demam on off selama 3 hari dah…lepas makan ubat,dia altif,lepas 4 ke 6 jam lepastu,badan dia panas balik…makan kurang sikit,…minum dan menyusu dia masih ok…persoalannya,kalau dalam 2 3 hari lagi dia masih demam,perlu tak saya bawa dia ke klinik?umur anak saya 4tahun…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu demam ‘on off’. Untuk makluman anda, masalah ini boleh dikaitkan dengan beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Perkara yang perlu dititikberatkan adalah:
- Galakkan anak minum air yang banyak. Boleh menggunakan air yang mengandungi elektrolit dan glukosa yang diperlukan. Pilihan lain yang anda juga boleh gunakan adalah banyakkan memakan makanan seperti sup ayam, dan minuman rehidrasi lain yang terdapat di kedai runcit atau kedai farmasi.
- Seorang kanak-kanak perlu membuang air kecil yang berwarna jernih sekurang-kurangnya setiap empat jam jika terhidrat dengan baik.
- Jika cirit-birit atau muntah menghalang anak-anak daripada penghidratan yang baik, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
- Pastikan suhu badan anak anda berada pada paras yang baik iaitu di bawah 38 darjah celsius.
- Jika anak anda enggan minum atau mempunyai perubahan terhadap berat badan atau selera makan, sila dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Justeru, anda dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perubahan keadaan anak anda dan sila rujuk dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.