
Sulit
5 tahun
Penyusuan anak G6PD kurang
saya ada anak kekurangan G6PD…boleh kah saya minum air rebusan biah kering untuk menambah kan susu badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara amnya, penghasilan susu bergantung kepada berapa kerap anda mengeluarkan susu dari badan anda supaya badan boleh menghasilkan lebih banyak susu. Semkin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu dihasilakan. Oleh itu, kerap menyusukan anak anda serta pump air susu keluar antara masa menyusukan anak supaya susu tidak bergumpul.
Saya tidak pasti mengenai rebusan buah kering untuk menambah susu. Namun, yang saya pasti, untuk menghasilkan air susu, ibu haruslah sentiasa terhidrasi dengan meminum banyak air serta mengamalkan diet yang sihat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.