
Sulit
3 tahun
Peputihan kuning cair
Saya nak tanya sejak kelmarin saya asyik rasa ada keputihan keluar, tapi x byak. Nk kate dtg haid xde pun cuma date dtg haid da lewat 2 hari. Tapi smlm lepas angkat kabinet dgn husband dia kluar byak dan campur dgn sakit pinggang. Keputihan kekuningan sy ni tidak berbau atau pon gatal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi ketika ini iaitu keputihan kuning cair. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah keputihan secara amnya dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Terlalu aktif dan sibuk
- Stres ataupun tekanan
- Pakaian yang terlalu ketat
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.