
Sulit
3 tahun
Peranakan turun setahun sekali mohon pencerahan
Hi doc.sy ada masalah period tk teratur selps bersalin anak pertama. Umur sy 36thn.anak sy dh 18thb seorg je.sy pernh mengandung luar rahim masa a ka sy 5thn dan tiub bela kanan sy dh buang. Sejak tu period jrg keluar. Bulan nie hampir 20hr lebih darah tk berhenti. Pegi klinik panel doc bgth Rahim sy turun.sy g urut pas urut scan balik doc bgth tkde fibroid pe2 cume Rahim bengkak dan bg ubat stop darah sunolut. Sy masih mkn ubt nie tp darah masih ade. Knp ye doc.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala peranakan menurun disertai dengan perdarahan yang berterusan selama hampir 20 hari.
Walaupun sebelum ini doktor telah mengesan tiada fibroid, anda tetap perlu berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang terdekat sekiranya mengalami
- pening kepala
- mual muntah
- sakit kelamin
- badan lesu
- demam
- pitam
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Vaginitis
- Polip
- Kanser
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Tambahan lagi, anda juga boleh terlebih dahulu menghubungi doktor kami di atas talian sekiranya ingin mendapatkan bantuan selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.