
aida31279
5 tahun
Perancang apa yang sesuai untuk ibu yang tidak menyusu
saya tidak menyusu badan bolehkah saya ambil pil perancang yang sama dengan ibu menyusu.cth noriday ,adakah ia sesuai untuk ibu yang tidak menyusu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pil noriday adalah merupakan sejenis pil perancang. Berdasarkan kajian, pil Noriday tidak dilarang sewaktu menyusu (breastfeeding), namun kegunaan adalah digalakkan dengan cara berhati-hati. Tambahan pula, breastfeeding adalah salah satu bentuk pencegahan kehamilan yang natural memandangkan sebahagian besar wanita tidak mengeluarkan ovum sewaktu menyusukan.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.