
Sulit
3 tahun
Perancang keluarga pil perancang
Hi doktor , saya berumur 27 tahun , mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 5 bulan, sebelum ini saya mengambil perancang keluarga secara depo/cucuk, tetapi dalam masa setahun Berat badan saya Naik sebanyak 10 kilo, selepas itu doktor tukar kaedah Kepada pil, Dan tiap-tiap bulan saya perlu ke klinik untuk mengambil pil , saya ingin bertanya bolehkan saya berhenti temujanji di klinik kesihatan tetapi meneruskan makan pil perancang yang dibeli Dari farmasi?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda ingin tahu jika anda boleh menghentikan temujanji di klinik untuk mengambil pil perancang anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, temujanji yang diberikan oleh doktor adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan anda adalah dalam keadaan baik dan patut dipatuhi. Sebaiknya anda berbincang perkara ini dengan doktor anda untuk mengetahui jika anda boleh mendapatkan pil perancang anda di farmasi. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.