
Sulit
4 tahun
Perancang keluarga selain dr implanol
Sy merupakan pesakit jantung n dah bekahwin, mempunyai 2 org cahaya mata.Sebelum ni sy dah ambil perancang impalanol n depo privera masalahnya skrg sy sakit dibahagian lengan kiri tempat implanol ditanam n sebelum ni sy tiada masalah bila pakai implanol soalan sy adakah sy tidak sesuai utk teruskan memakai impalanol?
Dan apakah solusi masalah sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang implanon.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sukar untuk saya mengatakan ia adalah kesan sampingan implanon kerana kebiasaannya implanon memberi kesan sampingan seperti di bawah:
- Loya
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sakit di bahagian payudara
- Pertumbuhan jerawat
- Rambut gugur
- Berat badan meningkat
- Gangguan kitaran haid
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Saya sangat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut kondisi anda. Persoalan lanjut masih diperlukan bagi memberi diagnosis yang tepat. Anda juga boleh berbincang dengan Doktor yang memasang implanon ini tentang kesan sampingan implanon.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.