
Sulit
5 tahun
Perancang Keluarga - Suntikan Depo
Saya Ibu berusia 28 tahun. Melahirkan anak secara czer & baru ambil suntikan depo pada hari ke 15 dari hari pertama period. Selepas ambil suntikan, saya terus bersama suami & ketika itu waktu subur. Adakah saya akan mengandung? Berapa lama masa yg diambil untuk suntikan berkesan selepas suntikan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, sekiranya suntikan depo diambil dalam masa 7 hari dari hari pertama anda datang haid, suntikan tersebut akan berkesan terus untuk mencegah kehamilan. Akan tetapi, sekiranya anda mengambil suntikan tersebut luar dari masa tersebut, anda disarankan untuk memilih alternatif lain selama 7 hari selepas suntikan diambil untuk mengelak kehamilan. Berdasarkan penerangan anda di atas, terdapat risiko bahawa anda akan hamil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuil ebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.