Sulit
6 tahun
Perancang keluarga yang sesuai
Saya Ada masalah tentang perancang keluarga yang perlu saya ambil untuk merancang keluarga…saya mempunyai berat badan sehingga 75kg…saya takut nak mengambil perancang jenis suntikan kerana bimbang berat badan saya akan bertambah Naik…apakah jenis perancang yang sesuai untuk saya ambil selain suntikan Dan pil.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara kaedah perancangan keluarga selain pil dan suntikan yang anda boleh cuba adalah jenis implan (iaitu meletakkan tiub kecil bawah kulit yang mengandungi ubat perancang), diafragma (diaphragm) yang di pakai di serviks dan juga IUCD iaitu sejenis alat yang diletakkan dalam rahim yang mencegah kehamilan dan mengurangkan risiko naik berat badan. Kaedah diafragma dan IUCD adalah kaedah yang bersifat setempat dan tidak mengganggu kitaran hormon seluruh badan dan mempunyai kesan yang sedikit berbanding pil dan suntikan.
Anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti umur, sejarah kesihatan dan sejarah kehamilan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan jenis kaedah perancangan keluarga yang sesuai dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































