
Sulit
5 tahun
Perancangan Regulon pill
Sy berusia 26tahun,dan sedang menyusukan anak yg kini berusia 1tahun 2bulan. Dalam masa yg sama sy mengambil pil perancang Regulon. Nurse di klinik kesihatan menasihatkan sy utk mengambil pil tersebut. Ttapi sy membaca di internet, Pil Regulon tidak begitu sesuai utk ibu yang menyusukan bayi. Nasihat mana yg betul utk sy ikut? Samada boleh ambil pil Regulon atau perlu bertukar dgn pil lain? Dan jika boleh, bagaimana cara pengambilan Pil Regulon yg betul? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pil Regulon mempunyai 21 pil aktif dan 7 pil peringatan. Sebaiknya, pil Regulon dimulakan pada hari pertama haid dan diambil secara berterusan untuk 28 hari. Anda disarankan untuk mengambil pil ini pada masa yang sama setiap hari untuk meningkatkan keberkesanan pil perancang ini. Setelah habis satu pek pil ini, mulakan lagi satu pek baru pada hari yang seterusnya.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.