Anonymous

5 tahun

Perasaan ingin membunuh diri

Saya wanita berusia 34 tahun. Saya mempunyai kerjaya yang bagus. Namun demikian, pekerjaan atas dasar minat kini bertukar kepada rasa yang sangat tertekan sehingga saya kerap kali mempunyai perasaan ingin membunuh diri. Saya tidak begitu yakin untuk meluahkan perasaan kepada rakan-rakan yang rapat mahupun keluarga. Mereka seringkali memandang saya seorang yang sangat ceria, berdidikasi dan boleh mengawal keadaan. Walhal dalam jiwa saya sangat tertekan dengan bebanan kerja.

Saya satu project yang saya kendalikan, namun demikian project itu menghadapi masalah di mana masalah bukan datang dari saya. Saya telah dibebani dengan semua permasalahan tersebut. Orang atasan yang membuat kesalahan tersebut telah menuduh sebulat-bulatnya kesalahan itu datang dari saya. Orang-orang yang berkerja dengan saya mereka sendiri tahu yang kesalahan itu bukan datang dari saya.

Saya sering dipersalahkan sehingga pernah satu masa saya duduk termenung hampir 5 jam menghadap laut seorang diri. Perasaan ketika itu hanya mahu ketengah laut dan biarkan diri ini lemas. Saya sering kali dikatakan melepaskan tangan terhadap project yang bermasalah itu, walhal saya sering mencari solusi yang terbaik.

Tekanan yang saya hadapi ini adakala membuatkan saya memandu tanpa hala tuju. Saya cuba melakukan aktiviti seperti bersenam, solat, berzikir, berdoa kepada Allah, namun demikian rasa tekanan ini sukar untuk dihilangkan.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • kemurungan tahap yang besar (major depressive disorder)
  • masalah penyesuaian dengan perubahan sekeliling (adjustment disorder)
  • masalah berkaitan dengan skizofrenia (schizophrenic disorders)

Tekanan di tempat kerja merupakan satu pencetus utama kemurungan. Puan telah melakukan perkara dengan betul kerana telah berkongsi dengan orang lain mengenai masalah yang puan hadapi. Semoga puan cekal menghadapi rintangan ini.

Sekiranya anda mengalami simptom lain seperti

  • mood sentiasa tidak gembira
  • hilang minat atas aktiviti yang dahulu seronok
  • masalah dengan tidur
  • sering merasa penat dan lesu
  • berasa diri tidak berguna

Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

AdobeStock_136067700

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)