
mohdizrul.jamil
5 tahun
Perasan berdebar dan lemah
Salam doktor…sy lelaki berumur 31 tahun… semenjak sebulan ni… Sy ada 1 masalah… kaki dgn tgn seakan mengigil…dan lemah. Kemudian perasaan berdebar, jantung laju… tp bila kita tgk tidak mingigil pon… sudah byk klinik sy pergi… tekan darah… gula… ok… buat test ecg 2 kali ok juga…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Pengambilan minuman berkafein
Sekiranya, gejala yang anda alami berserta dengan simptom lain seperti sesak nafas, rasa pening,sakit dada/ demam anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.