
Sulit
4 tahun
Peratus untuk isteri saya tidak hamil dan tahap keberkesanan postinor
Hai doktor, sy dan isteri belum merancang untuk mempunyai anak kerana isteri sy masih lg belajr di IPT. Saya nak tnya tentang peratus untuk isteri saya tidak hamil dan tahap keberkesanan postinor. Situasi dia mcm ni, sy dan isteri melakukan hubungan seks tanpa alat perlindungan dan kami melakukan seks itu sehingga klimaks sy tanpa ada pencegahan kehamilan dari saya… untuk pengetahuan doktor, hari kami melakukan seks itu adalah hari pertama selepas isteri saya datang haid dan waktu pula ada lah waktu tengahari, 3 jam selepas kami melakukan seks isteri sy makan pil postinor yg pertama dan 12 jam berikutnya isteri sy makan lagi satu pil postinor. Jadi mngikut situasi tersebut, berapa peratuskah potensi untuk isteri saya tidak hamil dan pratus keberkesanan pil postinor jika diambil mngikut situasi tersebut serta adakah kebarangkalian untuk isteri sy mengandung tu tetap ada?. Harap sangat doktor dpt membantu… terima kasih doktor

4 tahun
Hi, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Postinor atau nama am nya ialah Levonorgestrel. Ia merupakan ubat pil perancang untuk kecemasan dalam kes seks tanpa alat perlindungan. Levonorgestrel ini digunakan untuk menghentikan ovulasi wanita sewaktu kitaran haid. Keberkesanannya bergantung kepada cara penggunaan. Cara penggunaanya adalah pil ini dimakan sebaik sahaja melakukan seks dalam masa 72 jam (3 hari). Tetapi terdapat juga beberapa perkara yang boleh mengurangkan peratus keberkesanan pil ini seperti:
- wanita yang mempunyai berat lebih daripada 74kg
- jika muntah selepas mengambil ubat perlu mengambil dos seterusnya
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mengambil ubat dalam masa yang ditetapkan ubat ini berkesan dalam mencegah kehamilan. Jika anda ada apa-apa persoalan ini boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut di atas talian daripada doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah