
Sulit
4 tahun
Perbezaan antara swab test dan rT-PCR Test
Berkenaan dengan perkara di atas. Apakah perbezaan antara kedua dua tersebut. Dan berapa lamakah keputusan kedua dua test tersebut untuk keluar. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kedua-dua kaedah Swab Test dan RT PCR Test merupakan kaedah untuk mengesan jangkitan virus yang aktif yang sama iaitu menggunakan kaedah PCR test ataupun dikenali sebagai Polymerase Chain Reaction Test. Swab test ini juga digelar sebagai Swab PCR test.
Berikut merupakan perbezaan antara kedua-dua ujian saringan tersebut yang dilakukan untuk mengesan jangkitan virus, iaitu:
- Swab test dilakukan melalui sample air liur atau mukus yang terdapat pada ruangan hidung atau mulut. Ia dikenali sebagai salah satu kaedah yang pantas untuk mengesan jangkitan virus (Rapid antigen test). Manakala ujian saringan RT PCR pula dilakukan melalui sampel darah yang diambil dan mengambil lebih masa untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut.
- Swab test dapat mengesan antigen virus yang dijangkiti seseorang, manakala RT PCR test merupakan ujian molekular, dimana ia berfungsi untuk mengesan bahan genetik yang dirembeskan oleh virus tersebut dalam darah.
- Swab test digunakan untuk mengesan jangkitan virus yang aktif dan ia adalah sangat spesifik bagi pengesanan virus tersebut. Namun, kaedah ujian saringan ini mempunyai risiko tinggi untuk memberi keputusan yang salah mengenai jangkitan tersebut (false negative). Sekiranya keputusan swab test ini adalah negatif dan mengalami simptom-simptom jangkitan virus tersebut, seseorang itu akan diteruskan ujian saringan menggunakan RT PCR (ujian darah) bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan secara kesulurahannya.
- RT PCR juga merupakan ujian saringan yang mengesan jangkitan virus yang aktif. Namun, ujian ini lebih sensitif berbanding swab test kerana ia mengesan kehadiran virus tersebut dalam darah secara langsung.
- Tempoh untuk mendapatkan keputusan bagi ujian Swab test adalah seawal-awal 1-2 jam. Manakala bagi tempoh keputusan ujian RT PCR pula, dianggarkan ia boleh didapati selepas 5 hari atau seminggu.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati anda agar untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, jaga jarak sosial, memakai topeng muka, serta menjaga kebersihan diri sepanjang berada diluar rumah bagi memberi kerjasama untuk membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang tengah melanda di negara kita.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini