Anonymous
3 tahun
Perbezaan HCG dan UPT
Kalau ikutkan ini anak ke 2… Saya baru lewat datang bulan dalam 4 hari… Dan ada rasa sakit di bahagian bawah perut… Pagi tadi saya cuba HCG test dan keputusannya double line… Tapi saya knfius dengan HCG test dan UPT test… Adakan dua bnde nie sama…? (pengalaman untuk anak yg pertama berbeza skit dengan kandungan yang nie) sbb tu saya bertanya… Mohon pencerahan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan puan. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah puan. Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Puan boleh melakukan ujian darah di klinik atau hospital. HPT boleh dilakukan sendiri di rumah.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan puan, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih




























