Sulit
4 tahun
Perbezaan hormon yabg terdapat dalam perancang depo provera dan pil yasmin 21 biji
Hai. Sy nak tanyam. Adakah bahan atau hormon yang sama terdapat dalam perancang depo (suntikan) dan juga pil perancang perancang yasmin?
Ini adalah kerana sekarang sy monitor bacaan gula dalam darah disebabkan sejarah gdm yang lepas…
Semasa mengambil suntikan bacaan gula sy stabil. Sekarang saya baru tukar kaedah merancang kepada pil yasmin…
Adakah sy perlu risau dengan bacaan gula sy dengan monitor dengan lebih kerap?
Tq doctor sudi jawab
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya setiap jenis suntikan perancang mempunyai indikasi, cara pengambilan & kesan sampingan yang berbeza (bergantung pada individu), saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan apakah kesan sampingan tersebut normal atau sebaliknya. Sekiranya tidak, perbincangan yang selanjutnya perlu dilaksanakan untuk menentukan kaedah rawatan perancangan keluarga yang terbaik buat diri anda di masa akan datang.
Antara kesan sampingan suntikan hormon lazimnya termasuk
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Walaupun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa antara kesan sampingan yang lain termasuk potensi berlakunya perubahan kadar gula darah seseorang wanita. Ianya tidak terlalu ketara atau masih memerlukan kajian yang lebih lanjut.
Buat sementara waktu anda boleh:
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- nenas dan buah-buahan yang lain
- Rehat secukupnya
- Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
- Berjumpa doktor sekiranya mengalami tanda-tanda perubahan kadar gula dalam darah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.



































