Sulit
6 tahun
Perbezaan pil perancang
Hi doc… Sya ingin brtnya ttg ape prbezaan pil perncang brdos tinggi dgn pil brdos rendah? Adkh pil prncg yg brdos rendah akan mningkatkn risiko khamilan? Pil perncang yg pling brkesan bagi doc ape ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya tidak terdapat perbezaan efektiviti mencegah kehamilan bagi pil perancang dos rendah ataupun dos tinggi. Bagaimanapun, kebanyakan doktor akan memberikan pil dos rendah kerana khuatir akan komplikasi buruk penggunaan pil perancang, walaupun amat jarang. Disamping itu, pil perancang dos tinggi biasanya diberikan pada wanita dengan kondisi tertentu seperti berusia lebih 35 tahun, mempunyai darah tinggi dan sebagainya.
Justeru, adalah digalakkan untuk anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang kondisi anda dan mendapatkan cadangan pil perancang yang terbaik bagi anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi tentang ubatan yang sesuai. Terima kasih.




































