
Sulit
4 tahun
Perbezaan ubat tranexamic acid dan Norethisterone
Hai . Selamat petang.
Saya perempuan berumur 25 tahun . Sudah mendapatkan rawatan tentang masalah PMS tidak teratur . Nurse suggestkan saya beli ubat untuk hentikan darah . Saya cuma nak tahu apa beza ubat TRANEXAMIC ACID 250mg tablet dengan ubat NORETHISTERONE 5mg ? Side effect ubat ? Boleh makan sekali terus atau ubat ni adalah ubat yang sama untuk hentikan darah cuma berbeza dos ? Itu sahaja . Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kemusykilan anda tentang perbezaan ubat tranexamic acid dan norethisterone. Untuk makluman anda, tranexamic acid adalah merupakan sejenis ubat yang berfungsi menghentikan perdarahan (haemostatik).
Tranexamic acid biasanya digunakan untuk merawat beberapa keadaan berikut, seperti:
- Sebarang perdarahan aktif
- Perdarahan rahim abnormal
- Herditary angioedema (penyakit keturunan yang ditandai dengan pembengkakan bahagian tubuh)
- Haemofilia (masalah pembekuan darah)
Manakala, pil norethisterone, bertindak pada reseptor dalam badan dan memberi kesan seperti hormon semulajadi. Pil sering digunakan dalam masalah seperti: mencegah pendarahan yang tidak normal atau tidak dijangka dari rahim gejala sindrom pra-haid yang berlaku sebelum haid termasuk kesakitan payudara, sakit kepala, migrain, pengekalan air dan gangguan mood haid yang menyakitkan atau pendarahan yang berlebihan menjarakkan kitaran menstruasi penyakit endometriosis. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai salah satu usaha kontrasepsi secara oral.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Secara umum, kedua-dua jenis ubat ini digunakan dalam rawatan pendarahan haid yang berlebihan. Namun, pemilihan ubat yang terperinci memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Untuk mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru maklumat lanjut mengenai status kesihatan anda adalah diperlukan.
Berkenaan dengan kesan sampingan, ia berbeza-beza tiap individu. Namun, kesan yang biasa adalah seperti mual, muntah, cirit-birit, dan sakit otot mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!