
Sulit
3 tahun
Perempuan mengandung boleh makan Panadol?
Isteri saya sudah mengandung lapan minggu lebih sekarang mengalami sakit pinggang belakang bolehkah dia makan panadol sakit pinggang?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Namun jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Paracetamol merupakan ubat yang tergolong dibawah kelompok analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (ubat penurun suhu badan). Berdasarkan kajian semasa, paracetamol di takrifkan selamat untuk penggunaan pada wanita hamil jika diambil dalam dos yang terkawal. Namun sekiranya gejala isteri anda berterusan setelah penggunaan ubat, saya sarankan agar anda sekeluarga mendapatkan rawatan secara langsung di klinik atau hospital yang berdekatan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.