
nurulnjz96
5 tahun
Pergelangan Tangan Membengkak & Kerap Gatal Badan
Saya wanita berusia 50’an. Saya sering mengalami kegatalan badan lebih-lebih lagi pada waktu malam. Beberapa hari ini saya mula sedar yang kedua-dua pergelangan tangan saya bengkak tetapi tidak sakit. Saya juga kerap berasa penat. Saya risau jika saya mempunyai masalah buah pinggang atau ianya hanya allegy. Bagaimanakah saya kenal pasti penyakit saya ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan beserta bengkak dikedua-dua belah tangan boleh berpunca daripada:
- Penyakit buah pinggang kronik
- Alahan (“Allergic dermatitis”)
- “Hives” akut - juga disebabkan oleh alahan
- Gigitan parasit seperti kutu, nyamuk
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.