
Sulit
4 tahun
Period 2 bulan tak datang
assalamualaikum doc saya nak tahu…saya last 18/8 haid.tpi semalam cek upt naik 2 line pudar macam mana saya nak kira kandungan saya kalau baru lagi ye dah cek klinik tpi klinik ckp negatif sy pakai upt clear blue keluar 1-2 upt tiap hari semakin terang cuma nak tahu kandungan ni berapa minggu dah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, cara untuk mengira usia kandungan adalah berikut:
Gunakan tarikh hari pertama kedatangan haid yang terakhir anda (Last menstrual period) . Dari tarikh tersebut, anda kirakan berapa minggu yang telah berlalu daripada tarikh tersebut sehingga ke tarikh hari ini.
Contohnya, jika tarikh LMP anda adalah pada 18/8 seperti yang anda perihalkan, dan tarikh hari ini adalah 23/9, menggunakan kalendar ia bermaksud kandungan usia anda adalah 5 minggu dan 1 hari.
Cara untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi anda adalah dengan menampah 280 hari atau 40 minggu daripada tarikh LMP anda.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Mengenai ujian UPT anda, ujian kehamilan menggunakan air kencing berfungsi dengan mengesan kandungan hormon HCG, iaitu hormon kehamilan yang terdapat dalam aliran darah anda. Ujian UPT ini adalah sebaik digunakan ketika seminggu selepas tarikh haid terakhir yang anda terlepas. Contohnya, jika anda sepatutnya haid pada 18/9 tetapi telah terlepas dan tidak kedatangan haid, maka seharusnya UPT ini diambil seminggu selepas tarikh tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.