
Sulit
4 tahun
Period 2 kali lepas stop makan pil perancang
Salam doc, sy ade keraguan sedikit, sy baru stop makan pil perancang untuk merancang kehamilan selama 2 bulan. Lepas stop mkn selama 21 hari then stop akan period… Lepas habis period selang 2 hari sy kuar darah lagi doc, mcm darah period… Adakah ini normal? Sebab sebelum ni sy tak pernah dtg period 2 kali… Sy dan suami merancang nak ada anak… Dan doctor suruh sy makn pil perancang selama 2 bulan utk tggu result air mani suami pada bulan 12 ni… Jadi doc suruh sy makan pil perancang sebelum next appointment… Adakah ini normal doc? Sy takut kalau ada apa2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah haid tidak teratur yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk mendapat kitaran haid yang tidak teratur semula setelah berhenti mengambil pil perancang kerana terdapat perubahan hormon di dalam badan anda. Saya sarankan anda untuk mengikut arahan seperti yang diberi oleh doktor sementara menunggu keputusan air mani suami anda dan berbincang semula mengenai perancangan keluarga dan kaedah-kaedah lain untuk merancang selain daripada menggunakan pil.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai pertanyaan dan kemusykilan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan dijaga. Terima kasih.