
Angellovely372
5 tahun
Period 2 times a months
Sya wanita umur 35thun …sya mahu tanya knpa haid sya datang 2 kali sebulan …setiap kali period paling lama 3 hari saja… sya pernah keguguran pada 2017 dan pernah suntik perancang selama 6bulan lepas to sya berhenti…sampai skrg takde sudah sya ampi ubat apa2…soalan sya doctor period sya nie masalah besar ke dan sya tak kan boleh lagi ke dpat Anak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada kesuburan untuk hamil lagi, harus diketahui bahawa ketidaksuburan dipengaruhi oleh banyak faktor. Sebaiknya puan mendapatkan diagnosis yang benar bagi kondisi ini agar tidak terlaku stres sehingga menganggu keseimbangan hormon anda.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.