
Sulit
5 tahun
Period 3 kali sebulan
saya adalah seorang ibu kepada 2 org anak,selepas lahirkan anak ke 2 ,saya mengambil pil perancang keluarga untuk kawal kehamilan hampir 4 tahun dah sebab kedua dua anak saya bersalin secara operated.period saya sebelum ni okay sahaja dan period saya berlangsung selama 3 hari sahaja ,sekarang ni period saya jadi tak teratur …dari 21/9 smpai skrg jarak period saya tak smpai seminggu dan selama tarikh ni juga saya dah period 3-4 kali .jadi saya nak tahu adakah normal darah period turun mcm ni ? atau ini kesan pil perancang ? atau saya ade penyakit dan perlu berjumpa doktor ye …saya jadi takut dengan keadaan saya sekarang …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Kesan penggunaan pil perancang
- Haid yang tidak habis - haid boleh bertahan sehingga 7 hari
- Masalah pembekuan darah
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.